Tuesday, December 29, 2009

Makluman - Majlis Kacau Asyura

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Untuk makluman tuan / puan , kami dari HRC-Trg merancang untuk mengadakan majlis kacau asyura bersama rakan dari balai polis paka yang di ketuai oleh C.Insp Mahadi selaku OCS Balai Polis Paka. Ini adalah majlis suai kenal dan sessi ramah mesra antara Pasukan Polis dan HRC-Trg yang akan kita linkkan through ( Aktiviti Kemasyarakatan ).

Semua ahli yang berkelapangan di jemput hadir bersama family masing masing.

Majlis itu di rancang pada : 16 Jan 2010 , Sabtu , Bermula pada 0800 - sehingga asyura tu masak.
( untuk tarikh yang dirancang - Jika ada sebarang cadangan boleh kemukan )

Eyeball akan di adakan pada 13.01.2010 Jam 0900 mlm , di Nasi Kukus Paka 3. Semua di jemput hadir.

Secara umumnya kita telah melantik C. Insp Tuan Mahadi Ketua Balai Polis Paka dan DSP Ismail Timbalan ketua balai polis Daerah Dungun sebagai penasihat keselamatan kepada HRC-Trg. Saya Fandi ( 9W2DMM) dan Isham ( 9W2ISE ) telah berjumpa dengan beliau dan melahirkan hasrat HRC-Trg itu, dan beliau berdua telah bersetuju dengan saranan HRC-Trg itu.

Disamping itu Sinar Harian dan Harian Metro telah di beritahu rancangan dan hala tuju HRC-Trg dan mereka bersedia untuk memberi slot untuk HRC-Trg.

Insyallah apa yang kita rancang ini dapat di jayakan , semoga ianya mendapat manafaat kepada semua, dan di beri rahmat dan hidayah dari yang maha Esa..amin


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden

Saturday, December 26, 2009

Perjumpaan Rakan HRC-Trg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sedikit info / maklumat perjumpaan HRC-Trg
Tarikh : 23 Dec 2009
Tempat : Restoran Nasi Kukus No 3 - Paka
Jam : 09.00 Mlm

Kehadiran dari kalangan ahli di ucapkan ribuan terima kasih, kepada yang tidak dapat menghadirkan diri kerana ada tugasan lain insyallah boleh hadir di lain perjumpaan.

Antara agenda-agenda yang dibincangkan:-

1 - Info HRC-Trg dan matlamat HRC-Trg
2 - Penyerahan Borang HRC-Trg
3 - Penyerahan Borang RELA
4 - Mengambil Tempahan Size Baju
5 - Mengambil pandangan / cadangan dari kalangan ahli
6 - Plan untuk aktiviti rekreasi.
7 - Lain lain perkara berbangkit.

Sekali lagi pihak HRC-Trg mengucapkan ribuan terima kasih pada semua.

Friday, December 11, 2009

Ucapan Semoga Berjaya

Kami di HRCT ingin mengucapkan kepada semua bakal-bakal HAM operator yang akan menduduki peperiksaan Radio Amateur (RAE) pada 16hb Disember 2009, semoga anda berjaya dan lulus dengan cemerlangnya..Amin..

Pertandingan Menembak