Sunday, January 31, 2010

Aktiviti Riadah Bersama Keluarga

Assalamualaikum semua

Program HRC-Trg yang dirancang untuk bulan Feb dan March 2010. Kepada yang berkelapangan boleh lah turut serta aktiviti riadah bersama keluarga ini.


1. Tarikh : 12 Feb 2010
Masa : 0800 pagi
Aktiviti : Jogging bersama keluarga
Tempat : Bukit Bauk , Dungun.


2. Tarikh : 19 Feb 2010
Masa : 0500 petang
Aktiviti : Riadah bersama keluarga
Tempat : Pantai Teluk Lipat , Dungun.
(Setiap keluarga di kehendaki menyediakan satu menu untuk di bawa ke majlis
riadah ini. Kepada yang nak bawa lebih dari satu lagi amat di alu-alu kan.)


3. Tarikh : 05 Mac 2010
Masa : 10.00 Pagi
Aktiviti : Kembara Muhibbah ke Kuala Berang / Air Terjun Sekayu
Tempat : Kuala Berang / Taman Pertanian Sekayu
Rujukan : Tim Presiden HRC En Isham ( 9W2ISE )
Rujukan : Kepada yang berkelapangan boleh mengikut serta sessi Kembara
Muhibbah ini,
Sumbangan: Mengikut kemampuan masing masing, antara sumbangan yang di sarankan
adalah seperti pakaian, duit dan makanan ( beras , gula dan lain2 )




Kepada rakan rakan yang mempunyai sebarang info / cadangan untuk sebarang aktiviti rekreasi boleh berkongsi info / idea / cadangan tuan / puan
dengan kami .

Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden Penaja ( HRC-Trg )

Monday, January 25, 2010

Mesyuarat Penaja HRC-Trg pada 24/1/10

Assalamualaikum semua,

Untuk makluman rakan-rakan, mesyuarat penaja untuk HRC-Trg telah berjaya diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:-

Tarikh : 24 Jan 2010
Masa : 0900 mlml - 1200 mlm
Tempat : Kedai Nasi Kukus no 3 - PAka

Kehadiran dari kalangan rakan-rakan amat memuaskan dan kami hari HRC-Trg mengucapakan ribuan terima kasih diatas kehadiran tuan / puan.
Maklumat lengkap akan di maklumkan oleh Tuan Setiausaha HRC-Trg iaitu Saudara Ramli ( 9W2RET ).

Semoga apa yang kita usahakan ini akan membuahkan hasil dan diberkati oleh yang maha Esa..Amin.


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden ( Penaja HRC-Trg )
Callsign : 9W2DMM , HP No : 019 9131333


Sunday, January 24, 2010

Majlis Perjumpaan Keluarga Sambil Menikmati Durian

Assalamualaikum Para Pengunjung,

Untuk makluman semua, kami dari HRC-Trg merakam sekalung perhargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan rakan yang menghadiri majlis keluarga ini, yang berlangsung di Tepian Pantai Teluk Lipat, 22 Jan 2010, Jumaat - Jam 0500 ptg dan berakhir pada 0700 mlm.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Ketua Balai Polis Paka, C. Insp Tuan Mahadi Hussin dan Ketua Balai Polis Marang S.I Hussin di atas kehadiran mereka dan keluarga ke majlis keluarga HRC-Trg ini.

Menu yang di sediakan tak kurang menariknya, antaranya ialah pengat Durian di makan bersama pulut, Mee Hoon goreng / keropok goreng, ikan goreng celup tepung
dan buah durian.... terima kasih kepada Puan Youhani ( 9W2YMM ) diatas persediaan makanan / menu.

Antara rakan-rakan yang yang Hadir:-

9W2DMM / 9W2YMM dan keluarga
9W2HBA / 9W2DAH dan keluarga
9W2WNA / 9W2WZA dan keluarga
9W2TQA dan keluarga
9W2YNN dan keluarga
9W2RET dan keluarga
9W2ISE dan keluarga
9W2LER dan keluarga
9W2RDN dan keluarga
9W2ZBI
9W2FQL
9w2SSR
C.Insp Tuan Mahadi dan keluarga
S.I Hussin dan keluarga
Izmi dan keluarga
Churool dan keluarga
Joe dan keluarga
Cikgu Musa dan Keluarga
Cikgu Aida dan Keluarga
Bro Rahman Anjung Bistari
Yang mana tertinggal harap di maafkan.

Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden


Thursday, January 21, 2010

Majlis Mengacau Asyura Diantara PDRM - Caw Paka & Rakan HRC-Trg

Alhamdulillah Majlis Mengacau Asyura yang diadakan pada 16hb Januari 2010 diantara PDRM cawangan Paka dan warga HRC-Trg berjalan dengan lancar. Dengan keberkatan bulan Muharram yang mulia, semoga majlis tersebut diberkati.

Pihak HRC-Trg sekali lagi mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan C.Insp Mahadi selaku OCS Balai Polis Paka dan kakitangannya kerana sudi bersama pihak HRC-Trg menjayakan majlis ini.


Monday, January 18, 2010

Makluman - Eyeball bersama Family dan makan durian pada 22 Jan 2010 - Pantai Teluk Lipat Dungun

Assalamualaikum Semua,

Kami dari HRC-Trg merancang untuk mengadakan majlis pertemuan keluarga di samping menikmati buah durian.

Tarikh : 22 Jan 2010
Jam : 0500 petang
Tempat : Pantai Teluk Lipat Dungun - Selekoh menghala ke Kedai Telekom Dungun.
Majlis : Makan Durian Bersama Keluarga
Sumbangan : Rm 20 untuk satu family ( nak bagi lebih you are welcome )


Kepada yang berkelapangan boleh lah reply mail atau sms kepada saya bagi menentukan jumlah kehadiran rakan-rakan.

P/s : Durian dah survey, banyak sekali di pasar dungun, durian tempatan dari segamat, johor.

P/s : Foto untuk majlis kacau asyura insyallah akan di uploadkan dalam masa terdekat.

Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Email : fandie_m@yahoo.com
Callsign : 9W2DMM , HP No : 019 9131333

Thursday, January 14, 2010

Majlis Perjumpaan Kali Ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman tuan / puan, serba sedikit info perjumpaan HRC-Trg untuk kali ke 2.

Terlebih dahulu kami dari HRC-Trg mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran rakan rakan untuk perjumpaan HRC-Trg pada 13 Jan 2010, bertempat di Kedai Nasi Kukus no 3.

Terima kasih juga kepada Tuan C.Insp Mahadi selaku OCS Balai Polis Paka dan juga Penasihat Keselamatan HRC-Trg di atas kehadiran beliau di Majlis perjumpaan HRC-Trg untuk kali ke 2.

Antara Agenda yang di bincangkan ialah Majlis Gotong Royong Membuat Asyura di Balai Polis Paka anjuran bersama HRC-Trg dan juga Balai Polis Paka.

Majlis tersebut akan di adakan pada 16 Jan 2010 , Sabtu dan bermula dari jam 0800 pagi dan berakhir sehingga bubur asyura sedia untuk di agihkan.

Kata sepakat telah diambil 2 kawah dari Pihak HRC-Trg dan 1 kawah dari pihak Balai Polis Paka.

Anggaran Kos untuk satu kawah ialah Rm 200. Anggaran semua kos adalah Rm 600.

Perjumpaan akan di adakan sekali lagi untuk mengenal pasti sekiranya ada keperluan yang tertinggal untuk majlis itu pada hari Jumaat, 15 Jan 2010 , Jam 11.00 pagi bertempat di Balai Polis Paka.

Kepada yang ingin membuat sumbangan untuk majlis ini boleh memberi sumbangan tuan / puan kepada :

En Fandi - 9W2DMM - Presiden
En Isham - 9W2ISE - Tim Presiden
En Wan - 9W2WNA - Setiausaha
En Ramli - 9W2RET - AJK Rekreasi
En Mustafa - 9W2XAR - AJK Kebajikan
En Azmi - 9W2POD - AJK Logistik

Insyallah kita juga sedang berusaha untuk mengadakan pertandingan sampingan untuk anak anak yang hadir.Kepada anak anak yang berumur 6 tahun kebawah dan 7 hingga 9 tahun boleh lah membawa pencil warna untuk pertandingan mewarna.

Kehadiran dari rakan rakan amat di alu alu kan , di samping dapat berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara rakan rakan dan juga pihak polis. HRC-Trg adalan untuk semua tidak mengira samada rakan ham ataupun sebaliknya kerana ianya
adalah sebuah kelab rekreasi.

Bubur asyura ini akan di agihkan kepada rakan / rakan dan juga masyarakat setempat.
Semoga usaha murni dan sumbangan kita ini mendapat rahmat dan keredaan dari yang esa.


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden HRC-TRG
Email : fandie_m@yahoo.com
Callsign : 9W2DMM , HP No : 019 9131333