Wednesday, May 26, 2010

KELAS RAE SESI KE - 3



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan, alhamdullilah Kelas RAE sesi ke 3 telah berjaya
diadakan
di Pejabat Intekma di Dungun pada 25 May 2010.

Terima kasih kepada Tn Hj Hamiddon kerana memberi keizinan untuk
HRC
menggunakan pejabat beliau dan di samping juga memberi tunjuk
ajar kepada
rakan rakan yang baru.

Insyallah Kelas berikutnya akan diadakan dalam masa terdekat.
Tarikh Kelas akan di QST kan di email / weblog

webmaster

Sunday, May 23, 2010

KELAS RAE SESI KE - 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan , Kelas RAE sesi ke 3 akan diadakan pada

Tarikh : 25 May 2010 , Jam : 0830 Malam
Tempat : Pejabat INTEKMA ,( 9W2HBA ) Hadapan Balai Polis Dungun.
Penyelaras : 9W2AJO dan 9W2WSC.
Tenaga Pengajar : Tuan Penasihat Teknikal HRC - Tn Hj Hamiddon (9W2HBA)
Calling Channel : 9M4RBT 147.000, - 600, T 123.0

Kepada yang akan mengambil peperiksaan RAE siri 2 tahun 2010 dan
yang berkelapangan di jemput hadir .

webmaster

Thursday, May 20, 2010

KELAS RAE KALI KE - 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah HRC telah berjaya mengadakan kelas RAE untuk kali ke 2
bertempat di Kuarters TNB Paka,

Terima kasih kepada BIRO Kelas RAE HRC ,, Saudara Joe, Saudara Cherool,
Puan Youhani dan semua yang terlibat.

Ribuan terima kasih kepada Tuan Penasihat Teknikal HRC , Tn Hj Hamidon
(9W2HBA) selaku tenaga pengajar untuk Kelas RAE ini.

Insyallah kelas RAE berikutnya akan diadakan lagi , tarikh dan masa akan
di berithau kelak.

webmaster

Wednesday, May 19, 2010

TRIP KE AIR TERJUN CEMERONG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

HRC akan menganjurkan sekali lagi trip untuk ke Air Terjun
Cemerong di Pasir Raja , Dungun.
Tarikh : 12 Jun 2010
Jam : 0900 pagi - 0400 petang.
Bertolak dari Base 9W2DMM - Jam 0900 pagi.
Eyeball untuk jamuan akan di adakan pada 09 Jun 2010.

Tak sabar nok makan puding Tuan Mahadi ,
Terliur ingat Ayam madu pok cherool
Lapar perut ingat sayur jambu golok sotong pak pendi 9W2DMM,,
Dok sabor nok makan colek buah pok joe,,,
Of course santapan permulaan ,,nasi lemak pok Ret...

tungguuuuuuuuu

webmaster

Tuesday, May 18, 2010

KELAS RAE SESI KE - 2



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan , Kelas RAE sesi ke 2 akan diadakan pada

Tarikh : 19 May 2010
Jam : 0830 Malam
Tempat : Kelas Tusiyen TNB Paka
Penyelaras : 9W2AJO dan 9W2WSC.
Tenaga Pengajar : Tuan Penasihat Teknikal HRC - Tn Hj Hamiddon (9W2HBA)
Calling Channel : 9M4RBT 147.000, - 600, T 123.0


Kepada yang akan mengambil peperiksaan RAE siri 2 tahun 2010 dan
yang berkelapangan di jemput hadir .

webmaster

Saturday, May 15, 2010

RC CAR RACE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk Info , rakan rakan HRC di Perlumbaan Kereta
Kawal ( Remote Control Car ) di litar lumba di Daerah Dungun.

Untuk 9W2AJO dan 9W2WSC , Cumong dan ahli yang terlibat kami dari HRC
ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua dan DRCC.

webmaster

Thursday, May 13, 2010

SELAMAT HARI GURU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami seluruh Warga HRC ingin mengucapkan
SELAMAT HARI GURU kepada semua Guru - Guru
di seluruh Malaysia.

Jasamu tidak ternilai dengan emas ataupun pertama
Curahan bakti dan keringat tidak terkira demi
melihat anak bangsa terus maju dan berdaya saing.

Terima kepada semua guru guru yang mengajar kami dan
juga generasi kami.

Tangan dihulur maaf di pinta, halalkan segala ilmu
buat kami semua.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

ATV Trip ke Kalumpang


Assalamualaikum,

Rakan HRC di ATV Trip ke Kalumpang, Selangor.
Kepada yang berminat menjelajah menggunakan
Kenderaan Pelabagai guna ATV ini boleh menghantar
email di hrc_trg@yahoo.com

Potongan harga istimewa akan di berikan kepada ahli HRC.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

Saturday, May 8, 2010

TRIP KE AIR TERJUN CEMERONG


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua, HRC telah berjaya menjalankan
aktiviti rehlah bersama keluarga di Air Terjun Cemerong
di Pasir Raja, Dungun.

Alhamdullilah raut wajah wajah keriangan terpancar dari kalangan
ahli yang gembira dan teruja dengan aktiviti yang dijalankan disamping
menikmati pelbagai menu yang di bawa oleh kalangan ahli.

Kepada yang tidak hadir , insyallah HRC akan mengadakan lagi trip
ke Cemerong ini.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

SELAMAT HARI IBU



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kami dari HRC ingin mengucapkan selamat hari "IBU" kepada
semua kaum ibu.

Di saat "IBU" kita masih bernafas bahagiakan IBU kita, janganlah

sampai kita menyesal di saat kain putih menyelimutinya.

Kepada yang sudah kehilangan ibu tercinta "ALFATIHAH " untuknya.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

Friday, May 7, 2010

KELAS RAE YANG PERTAMA 06 MAY 2010



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua kelas RAE pertama telah di adakan di Kuartes TNB
Paka pada 06 May 2010 , jam 0900 malam.

Ribuan terima kasih diucapkan pada Penasihat HRC-Trg iaitu Tuan Hj Hamiddon
( 9W2HBA ) kerana sudi meluangkan masa untuk mengajar kepada rakan rakan
yang baru.

Ucapan terima kasih juga kepada selaku Tuan Rumah - Bro Joe dan Bro Cherool
yang bertungkus lumus menyediakan kelas dan segala kelengkapan utuk Kelas RAE ini.

Kehadiran di kalangan ahli yang baru cukup memuaskan dan ucapan syabas kepada
Tuan Cif Insp Mahadi kerana turut serta dalam peperiksaan RAE untuk kali 2-2010 ini.

Kepada rakan rakan yang akan mengambil RAE, kami dari HRC-Trg mendoakan agar
rakan rakan semua lulus dengan cemerlang.

webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com

EYEBALL TRIP KE CEMERONG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pengetahuan semua eyeball untuk ke Air Terjun Cemerong telah diadakan di Base
9W2DMM pada 05 May 2010 jam 10.00 malam.

Antara yang hadir ialah, 9W2DMM, 9W2YMM, 9W2ZBI, 9W2AJO, 9W2WSC, 9W2ZFI,
92WXAR, 9W2FQL, 9W2ISE, Cif Insp Mahadi dan Sjn Mjr Tawang.


webmaster
Helang Recreation Club Terengganu
Email : hrc_trg@yahoo.com