Sunday, February 28, 2010

Menjamu Hidangan Belut - 2nd Trip pd 21/2/10


Kursus Memanah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Untuk makluman tuan / puan , satu kursus asas memanah akan di adakan pada bulan march 2010 ( cuti sekolah ) . Penyertaan adalah terhad kepada 40 orang sahaja.

Bertempat di Sek Men Seri Dungun ,

Tarikh untuk program pada : 12 dan 13 March 2010 , ( sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan kelak )

Masa : 0830 Pagi - 1100 pagi ( 2 hari )


Untuk kanak-kanak had umur yang dibenarkan ialah 13 tahun keatas dan dibawah pengawasan jurulatih dan penjaga.

Kepada yang berminat bolehlah memberi maklum balas kepada saya, Fandi Mohamad atau Isham Isa atau Ramli Emran melalui no tel atau email seperti yang tertera di ruangan 'Sila Hubungi Kami'. Sekian, terima kasih.

FANDIE MOHAMAD
Presiden ( Penaja HRC )