Wednesday, March 31, 2010

Ucapan Selamat Hari Polis

Assalamualaikum untuk
Tuan Supt Dahlan ( OCPD Dungun )
Tuan Dep Supt ISmail ( AOC )
Tuan Cif Insp Mahadi ( OCS Paka )

Kami dari HRC-Trg ingin mengucapkan Selamat Hari Polis dan sekalung tahniah kepada Pengurusan Balai Polis Paka yang mana Tuan Selaku Ketua Balai Polis Paka di atas kejayaan Balai Polis Paka menjadi Juara Balai Polis Terbaik dan cemerlang untuk Malaysia dan akan di pertandingan di Peringkat Asia Tenggara.

Sekali lagi kami merakam ucapan tahniah dan selamat hari polis semoga HRC-Trg dan PDRM akan terus beriringan dalam melakukan kerja amal dan community policing.


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
HRC-Trg / PEMANCAR - Zon Dungun

Thursday, March 25, 2010

Sticker Kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Tuan / Puan , design untuk sticker kenderaan baru saja siap.
Kami mengharap info dari rakan rakan jika ada sebarang kekurangan atau
pandangan untuk sticker kenderaan ini sebelum kita proceed dengan tempahan.

Terima Kasih


FANDI MOHAMAD


Monday, March 22, 2010

Makluman Family Trip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan HRC - Trg merancang untuk mengadakan Family Trip.

Destinasi - Phuket , Thailand
Info : Kenderaan Sendiri , menggunakan jalan darat dari Sungai Golok - Phuket , Jarak perjalanan lebih kurang 750 KM ( Masa Perjalanan lebih kurang 8 - 10 jam )

Route : Golok-hatyai-pattallung-trang-krabi-phuket

Untuk Hotel : 4 hari 3 malam ( Rm 300 - 350 )
Anggaran untuk satu malam : Rm 70 - Rm 120 )

Makan : Sendiri ( tempat akan di infokan oleh guide )

Tarikh : 09 June 2010 - 12 June 2010. (Tarikh yang di pilih adalah jatuh pada hari cuti persekolahan)

Konvoi Channel : V40

Info : Kita akan dapatkan info berkenaan pas sempadan , permit kereta dan sebagainya

Keterangan dan makluman selanjutnya akan di infokan kelak. Kepada yang berminat untuk menyertai boleh memberi maklum balas kepada Saya, setakat ini 9 family berminat untuk
turut serta.


9W2DMM - Fandi
9W2TQA - Tengku Din
9W2YNN - Yus
SWLCCZ - Bro Man
9W2CRI - Cikgu Sabri
9W2RET - Bro Ramli
9W2ISE - Isham
KIKEH - Zery Kemaman
KIKEH - Zameri

Info dari Rakan yang dah biasa ke Phuket.( baru di infokan 23.03.2010 - 09.15 malam )

Apa yang perlu di bawa ialah , Geran Kereta ( yang asal ataupun salinan yang disahkan oleh
pemilik asal ). Insuran kereta boleh di beli di Sempadan semasa membuat Custom Clearance.
Anggaran Kos untuk Insuran ( Rm 20 - 30 ) untuk 7 hari
Imigresen Rantau panjang buka 8.00 pagi.kalau konvoi ramai by 10am or 11 am baru bleh rolling


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden ( Penaja - HRC )

Thursday, March 18, 2010

Makluman Aktiviti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program seterusnya sedang di usahakan antaranya acara menembak di lapang sasar UITM ini adalah program bersama HRC ( Ahli RELA ) dan PDRM - Daerah Dungun.

Program Rehlah Keluarga di Air Terjun Cemerong, Eyeball / Perjumpaan akan dimaklumkan kelak.

Program sosial / amal jariah di Daerah Dungun akan di adakan, HRC akan mengenal pasti keluarga dan kawasan yang akan kita adakan program ini.

Program - Pameran alatan radio dan aktiviti HRC bersama PDRM / TNB.
Tempat dan tarikh :Akan di infokan kelak

Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden ( Penaja - HRC )

Wednesday, March 17, 2010

Aktiviti Memanah pd 12 & 13 Mar 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan, sessi aktiviti memanah telah berjaya diadakan seperti mana yang dirancang.

Tempat : Sekolah Menengah Seri Dungun
Masa : 0830 pagi - 11.00 pagi
Tarikh : 12 & 13 March 2010.

Sekalung penghargaan dan ribuan terima untuk Cikgu Musa and the teams diatas kesudian beliau memberi tunjuk ajar dan meminjamkan peralatan untuk program ini.

Alhamdullilah sessi ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat mengalakan. Kesemua yang hadir kebanyakanya first timer dan maklumbalas yang kita perolehi amat menggalakan dari program ini. Insyallah diatas permintaan dari rakan rakan HRCT, program ini akan kita adakan lagi.


Terima Kasih


FANDI MOHAMAD
Presiden ( Penaja - HRC )







Sunday, March 7, 2010

Keratan Akhbar Sinar Harian - Program Jalinan Muhibbah/Amal Jariah pd 5/3/10

Klik pada gambar untuk membaca artikel.

Program Jalinan Muhibbah/Amal Jariah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman tuan / puan , program jalinan muhibbah / amal jariah Rakan HRC-Trg telah berjaya di adakan iaitu pada 05 March 2010, di Taman Hidayah, Kampung Machang, Ajil, Terengganu yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rosol Wahid , ADUN Ajil.

Majlis ini adalah anjuran Pemancar Zon Hulu Terengganu dan juga di jayakan bersama dengan HRC-Trg ( Helang Recreation Club , Kakitangan JPA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.)

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada :

YB Datuk Rosol Wahid dan Isteri – ADUN Ajil

En Zainal ( 9W2CZC ),

En Zul ( 9W2PPT ),

Cikgu Sabri ( 9W2CRI ),

En Ariff ( 9W2WSN )

Cikgu Yus ( 9W2YTL )

En Fakhrul ( 9W2FQL )

En Mat Zian ( 9W2MTN )

Pn Ayu ( 9W2YMM )

Cik Dilla ( 9W2IMM )

Semua Ahli Ham

Semua Kakitangan JPA

Semua Kakitangan JKM

Seluruh warga kerja yang terlibat .

Majlis penyampaian sumbangan di sempurnakan oleh YB Datuk Rosol Wahid disamping itu juga satu majlis gotong royong membersihkan kawasan penempatan juga di jalankan .

Foto kenangan juga telah disiarkan di akhbar Sinar Harian Edisi 06 March 2010 ( Terima Kasih kepada Wakil Akhbar Sinar Harian )

Semoga majlis ini dirahmati dan juga di berkati oleh yang maha Esa...Amin

Terima Kasih

FANDI MOHAMAD
Presiden ( Penaja - HRC )