Monday, January 31, 2011

HRC - SALAM DARI MELBOURNE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman dan tatapan bersama , kiriman foto dari Tuan Penasihat Keselamatan HRC , Cif Insp Tuan Mahadi Hussain - 9W2WSV dengan iringan ucapan HRC sentiasa dihatiku , semoga beliau dipermudahkan dalam menjalani urusan beliau, iringan doa dari kami seluruh warga HRC agar beliau selamat kembali ke tanahair ,,amin



Webmaster

Sunday, January 30, 2011

MESYUARAT AJK - HRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan / puan , satu Mesyuarat AJK HRC akan diadakan dalam masa terdekat , tarikh dan masa akan di infokan kelak.

Agenda yang akan dibincangkan ialah

1 - Kewangan Kelab
2 - Yuran Kelab
3 - Yuran Repeater
4 - Kemaskini Ahli
5 - Aktiviti Rekreasi / Program / Promosi Kelab
6 - Kad Keahlian / Surat Lantikan
7 - Website
7 - Lain lain hal

Webmaster

Friday, January 28, 2011

HRC - RTM TV1 - 28 JAN 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah RTM sekali lagi menyiarkan Program Amal HRC yang telah diadakan di Besut, Slot PERISTIWA Berita Perdana RTM TV1 sekali lagi menyiarkan program tersebut pada 28 Jan 2011, kami hari HRC merakam jutaan terima kasih kepada pihak RTM dibawah kelolaan Tuan Khalid - 9W2TV1.


Insyallah trip ke 3 , sesi penutup program amal ini akan diadakan di rumah 9 adik beradik pada 19 March 2011.

Webmaster

PROGRAM AMAL - SESI KE 3

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, insyallah HRC akan mengadakan Program Amal utk kali ke 3 di Kg Jebak Puyoh , Keradang , Besut. Program kali ini ialah untuk "Mengecat" Rumah anak yatim piatu 9 beradik ini dan ianya adalah program sesi penutup sebelum HRC memilih destinasi seterusnya dan juga mengadakan program program yang lain.


Program Amal Sesi Ketiga ini dijadualkan pada :

Tarikh : 19 March 2011
Hari : Sabtu
Jam : 0830 pagi dari Paka
Laluan Konvoi : Kemaman , Paka ,Dungun , Kuala Terengganu , Batu Rakit dan Besut

Agenda :
Mengecat Rumah dan Memberi Sumbangan.

Kami dengan ini membuka ruangan untuk rakan rakan menghulur sumbangan ikhlas bagi menjayakan Program amal ini.

1 - Cat Putih - undercoat kayu ( anggaran 40 liter )
2 - Cat Oren - untuk Kayu - ( anggaran 30 liter )
3 - Katil 2 tingkat - 2 buah
4 - Kipas Angin
5 - TV
6 - Keperluan asas , bahan makanan
7 - Wang Ringgit










Webmaster

Thursday, January 27, 2011

TAHNIAH DARI HRC - RAE 2010 - 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja dan seluruh keluarga HRC ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada rakan rakan yang lulus dalam peperiksaan RAE - Radio Amatur sesi 2010-2. Persiapkanlah apa yang perlu untuk terbang lebih tinggi. Untuk Abg Zul, Abg Suhaimi dan Adik Wan,,,,, selamat datang ke dunia HAM.



Webmaster

HRC DI UTUSAN BORNEO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang budiman lagi dihormati, keratan akbar kiriman seorang rakan dari Sarawak , alhamdullilah Program Amal HRC telah dipaparkan di ruangan Akhbar Utusan Borneo.


Webmaster

MINUM AIR SUAM - PANAS

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Sunday, January 23, 2011

GOTONG ROYONG DI BASE HRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program gotong royong di base rehat Tuan Presiden telah diadakan pada 23 Jan 2011, kerja kerja membersih , memotong rumput dan menanam pokok mulberry telah diadakan.














Webmaster

PROJEK NAIK ANTENNA DAY 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, projek menaikkan antenna di Base Adik Wan telah berjaya dilakukan dengaan penuh semangat gotong royong, anggaran ketinggian antenna sekitar 160 kaki dari paras bumi.

Adik Wan, Abg Kadri, Abg Fandi dan Abg Joe
Abg Wan pegang molek molek tuan presiden tu,,cayalah tuan presiden kite ni,,
Datin Ayu - 9W2YMM , tidak melepaskan peluang berposing dgn antenna baru
Persiapan terakhir sebelum pemasangan bermula
Cubaan pertama,,adegan yang tak ingin ku lihat,,adussss
Antenna Gasden berjaya dinaikkan
Tuan Presiden mengecat bracket antenna,,,,pandai ker dok tu,,

Webmaster

PROJEK NAIK ANTENNA DAY 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, projek menaikkan antenna di Base Adik Wan telah berjaya dilakukan dengaan penuh semangat gotong royong, anggaran ketinggian antenna sekitar 160 kaki dari paras bumi.





Syabas untuk semua yang telah menjayakan program ini.


Webmaster

Friday, January 21, 2011

EYEBALL KELUARGA HRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua rakan rakan yang dihormati, satu Majlis Eyeball Keluarga HRC telah diadakan di Kuarters TNB - Base Abg Wan 9W2RWK pada 20 Jan 2011, alhamdullilah majlis berlangsung dengan jayanya. Majlis turut dihadiri oleh General Manager TNB Ir Radin Mohd Badruz Zaman, HR Manager TNB - Hj Yusof Rahman dan Finance Manager TNB - Hj Ramli.























HRC turut meraikan dan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Abg Joe - 9W2RWK dan anaknda tuan presiden - adik Mohd Fakhrul Hafiz. Turut diraikan Abg Wan - 9W2RWK diatas penerimaan AA radio amaturnya.

Webmaster