Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI - HRC

Assalamualaikum dan Salam Aidil fitri,

Kami seluruh warga kerja dan ahli keluarga Helang Recreation Club ingin merakam ucapan Selamat Hari Raya Eidul fitri , mohon kemaafan, zahir dan batin dari sebarang kesalahan. Kepada yang memandu , rancang perjalanan anda, utamakan keselamatan anda dan keluarga tercinta, patuhi had lagu kebangsaan dan bukan had laju kebanggan.

Webmaster

Saturday, August 27, 2011

SRS - KRT PARLIMEN DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sebahagian dari ahli Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) yang menjalankan rondaan secara sukarela bagi membantu pihak PDRM Balai Paka mencegah aktiviti jenayah dan memberi bantuan kecemasan kepada penduduk setempat.

Insyallah Pihak Cawangan Pencegahan Jenayah ( CPJ ) dari Balai Polis Paka akan memberi taklimat keselamatan kepada anggota SRS mengenai susun atur rondaan bagi musim perayaan pada 27 Aug 2010 - jam 1030 malam , bertempat di Balai Polis Paka.

Kepada rakan rakan yang akan pulang ke kampung halaman diminta untuk mendaftar / memaklumkan kepada Balai Polis Paka , tarikh mula keluar dan kembali ke kediaman masing masing.

Webmaster

Thursday, August 25, 2011

IFTAR JALINAN KASIH DI BALAI POLIS PAKA

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak,

Alhamdullilah, seperti mana yang telah dirancang, program iftar jalinan kasih telah berlangsung dengan jaya dan penuh keceriaan terpancar diraut wajah para hadirin, juadah hidangan yang cukup mantap dan pelbagai jenis.










Webmaster

Sunday, August 21, 2011

PROGRAM IFTAR JALINAN KASIH HRC - SRS - PDRM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu Majlis berbuka puasa beramai ramai sambil bersantai bersama keluarga akan diadakan. Juadah berbuka akan dibawa oleh individu masing masing ( Pot Luck ) .

Setiap keluarga perlu menyediakan 1 atau 2 lauk berserta kuih muih atau buah buahan dan alas tempat duduk . Nasi putih - minuman ringan berserta bekas makanan / gelas minuman akan disediakan oleh Biro Kebajikan dan Biro Rekreasi Helang Recreation Club.

MENU TAMBAHAN DARI HRC
STEAMBOAT , PULUT LEPA , MEEHON GORENG DAN KEROPOK

Pulut Lepa ---tempahan khas dari Abg Joe 9W2AJO

Steamboat Tuan Presiden - 9W2DMM

PROGRAM BERBUKA PUASA SAMBIL BERSANTAI
TEMPAT : HALAMAN BALAI POLIS PAKA
TARIKH : 24 AUG 2011 - HARI : RABU
JAM : 0620 PETANG - 0730 MALAM
JUADAH BERBUKA : INDIVIDU

Webmaster

Saturday, August 20, 2011

PROGRAM 2M NET JALINAN KASIH RAMADHAN DI JMTK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah , Program 2M Net Jalinan Kasih Sempena Bulan Ramdhan telah berjaya diadakan pada 19 Aug 2011 dari jam 1030 mlm hingga 1130 mlm. Program ini telah dihostkan oleh Biro Media HRC iaitu Abg Joe - 9W2AJO dan telah dibantu oleh Abg Wan - 9W2RWK dan Abg Suhaimi - 9W2WSU.

Kepada yang turut serta menjayakan program ini, kami selaku penganjur mengucapakan ribuan terima kasih. Sebarang salah dan silap ketika mengendalikan program ini kami kami dahului dengan permohonan maaf disamping mengharapkan info , idea ataupun pandangan dari tuan - puan bagi menambah baik program ini bagi masa akan datang.

JM 2M Ramadhan Net 19 Ogos 2011 @ Jumaat 2230 – 2330HRS

NO

STATION

OPERATOR

QTH

01

9W2RWK

Rizwan Abdul Kadir

Base Paka

02

9W2ZAZ

Azizan Sudin

Base Dungun

03

9W2WSU

Suhaimi Sulaiman

Base Paka

04

9W2YKB

Md Yusoff Berdan

Base K.Bharu

05

9W2SEM

Salleh

Base Besut

06

9W2LTT

Md Zulkifli Jusoh

Base Jerteh

07

9W2PZ

Pauzi Umat

Base Kerteh

08

9W2KMO

Abdul Kadri Mohamad

Portable Saltmine ,

09

9W2CPI

Manan Abdullah

Base Kerteh

10

9W2IMM

Nurul Fadhilah Afandi

Base Paka

11

9W2SHQ

Mohd Sharqawib Omar

Mobile Paka

12

9W2WIQ

Asnawi Sabri Muhamad Zin

Portable Pasir Putih

13

9W2ZLE

Mohd Noorazalee Padiah

Base Bukit Payong

14

9W2ISE

Mohd Isham Isa

Mobile Paka

15

9W2PML

Mohd Sukri Yaakop

Mobile Kemaman

16

9W2WSC

Azro Arif b.Yahya

Mobile Paka

17

9W2DMM

Afandi Mohamad

Pulau Labuan

Webmaster

Friday, August 19, 2011

CHECK NET DI JALURAN MUHIBBAH TRG KITE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, Jaluran Muhibbah Terengganu Kite akan mengadakan 2M Check Net.

Tarikh : 19 Aug 2011 , Jam 10.30 mlm hingga 11.30 mlm.
Hari : Jumaat malam Sabtu ,
Net Controller : Abg Joe - 9W2AJO dan Abg Ise - 9W2ISE

SEKITAR PAKA, DUNGUN , KUANTAN , KEMAMAN , KUALA TERENGGANU
Sila gunakan Jaluran 9M4RBT - Bukit Bauk - 147.000 -0.600 T 123.0

SEKITAR BESUT , PASIR MAS, PASIR PUTIH , BACHOK, PENGKALAN CEPA , RANTAU PANJANG DAN KUALA TERENGGANU
Sila gunakan Jaluran 9M4RBA - Bukit Bintang - 147.625 -0.600 T 123.0

Jom kita sama sama gegarkan Jaluran Muhibbah Terengganu Kite.

Webmaster

Thursday, August 18, 2011

HATI HATI KETIKA BERSEORANGAN

Assalamualaaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

BESUT - Seorang guru perem-puan mengalami igauan ngeri apabila diacukan pisau pemotong daging oleh seorang daripada dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian samun di rumahnya menyebabkan keru-gian RM6,000 di Kampung Pangkalan Sentul, Jertih di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan barang kemas, wang tunai serta dokumen penting miliknya lesap disamun lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika kejadian itu mangsa baru pulang dari mengajar di sebuah sekolah rendah di sini.

Menurutnya, ketika mangsa berada di rumah bersama seorang anaknya berusia 11 tahun, dia didatangi dua lelaki tidak dikenali berpura-pura bertanyakan suami mangsa.

“Menyedari suami mangsa yang juga seorang guru tidak ada di rumah, suspek bertindak mengeluarkan pisau pemotong daging dan menyerbu masuk ke dalam rumah mangsa.
“Suspek mengugut mangsa dan meragut rantai leher dan gelang tangan emas yang dipakai mangsa,” katany.

Kamaruddin memberitahu lagi, suspek turut melarikan satu beg mengandungi wang tunai sebanyak RM2,000, sebuah telepon bimbit dan beberapa dokumen penting lain termasuk kad kredit.

Menurutnya, mangsa tidak melihat jenis kenderaan yang dinaiki suspek sebaliknya hanya mendengar sahaja deruman ekzos di luar rumahnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.
Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan suspek terlibat.

Beliau menasihati kepada masyarakat terutama wanita atau warga emas yang tinggal bersendirian supaya sentiasa berwaspada ekoran sejak kebelakangan ini beberapa kes samun dan ragut yang menjadikan golo-ngan ini sebagai mangsa berlaku di daerah ini.

Sumber - Akhbar Sinar Harian - versi 18 Aug 2011

Webmaster

Monday, August 15, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI BALAI POLIS PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Majlis Berbuka Puasa jemputan dari Balai Polis Paka, kami seluruh warga HRC mengucapkan terima kasih diatas jemputan ini. Semoga amal jariah ini diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t.








Webmaster

Friday, August 12, 2011

MERCUN OH MERCUN - KERANAMU JADI ABU TERATAK KU

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak

KOTA BAHARU: Seorang kanak-kanak nyaris terbakar akibat bermain mercun dan bunga api, namun rumah neneknya pula yang mengalami kebakaran.

Kejadian berlaku di Jalan Padang Garong dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ahmad Murshidi Fuad, 7, sempat diselamatkan oleh Wan Kalzaman Wan Mohamad, 49, yang kebetulan melalui kawasan rumah itu.

Mangsa ditemui dalam rumah itu sambil menangis dengan tangannya masih memegang mercun dan bunga api.


Menurut Wan Kalzaman, beliau melihat api membakar rumah batu setingkat itu dengan seorang remaja sedang menyelamatkan dua buah motosikal.

Sumber - Harian Metro Online versi 12 Aug 2011

Webmaster

Sunday, August 7, 2011

KEMBALIKAN KEPADA YANG HAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amalan mulia sesama insan,,,,

Akhbar versi 07 Aug 2011
Webmaster

SERAHAN JALUR GEMILANG OLEH YB PARLIMEN DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Serahan Jalur Gemilang dari YB Parlimen Dungun - En Matulidi Jusoh kepada Presiden Helang Recreation Club - Abg Fandi Mohd

Webmaster

PADAH MENJUAL MERCUN

Tangkapan pertama jual mercun

KUALA TERENGGANU - Bagaikan tidak serik dengan insiden ngeri akibat bahana mercun, masih ada peniaga yang tidak menghiraukannya, malah mula menjual bahan berbahaya itu kepada orang ramai.

Tetapi mereka wajar berasa gerun kerana pihak polis kini sedang memperhebatkan operasi, dengan tangkapan pertama yang dibuat di Kampung Limbong, Paka, Dungun, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sepasukan polis dari Balai Polis Paka yang diketuai Ketua Polis Balainya telah membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Limbong, kira-kira jam 5.45 petang semalam.

“Bertindak daripada maklumat orang awam, mereka telah membuat pemeriksaan di rumah itu dan menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam kuantiti yang banyak.


“Kita telah merampas semua mercun dan bunga api itu dan suspek juga ditangkap. Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berumur 33 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak itu mendapat bekalan mercun dari Kelantan untuk dijual di sini,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Suspek yang berasal dari Kampung Padang Ping itu kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Menurut Manoharan, pihaknya menganggap perbuatan memiliki dan menjual mercun adalah satu kesalahan serius susulan insiden kecederaan yang berlaku dan ia amat membahayakan orang ramai.

Katanya, pihak polis di setiap daerah telah diarahkan untuk memantau dan membuat tangkapan terhadap mana-mana individu yang memiliki atau menjual bahan berbahaya itu, bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini berlaku.

Sumber Akhbar Sinar Harian

Webmaster

Thursday, August 4, 2011

PROGRAM SANTAI MALAM PEKENA PENGAT DURIAN

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Satu program santai malam sambil pekena pengat durian telah berlangsung di base Tuan Presiden.





Webmaster

KEMBALIKAN KEPADA YANG HAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Satu beg tangan telah dijumpai dan ianya telah selamat dikembalikan kepada tuan empunya, majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Puan Youhani - 9W2YMM - Sierra 7 dan bantuan mencari tuan empunya telah dibantu oleh Abg Manan - Kerteh 1 - 9W2CIP.

Penyerahan oleh Puan Ayu kepada Puan Fauzal
Webmaster

Wednesday, August 3, 2011

AKHBAR SINAR HARIAN - PROGRAM KEMBARA AMAL

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, Program Kembara Amal Ambang Ramadhan telah disiarkan didada Akhbar Sinar Harian, Sinar Harian telah memilih untuk meletakan program ini dihelaian tengah dada akbar. Terima kasih Sinar ,,,,HRC sayang Sinar Harian

Webmaster

PELANCARAN JALUR GEMILANG - DIAMBANG KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Perlancaran Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan telah disempurnakan oleh YB Parlimen Dunhun En Matulidi Jusoh.

Webmaster

AKHBAR SINAR HARIAN - PROGRAM KEMBARA AMAL

Assalamualaiakum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati, Program Kembara Amal Ambang Ramadhan yang telah dianjurkan oleh Helang Recreation Club dengan kerjasama beberapa syarikat , badan kebajikan dan beberapa kelab permotoran. Terima kasih kepada Akhbar Sinar Harian kerana terus menyokong HRC