Sunday, January 29, 2012

MAJLIS PERKAHWINAN DAN SAMBUT MENANTU - 9W2ZFI

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Untuk makluman rakan rakan yang dihormati lagi disayangi , Abg Zul - 9W2 ZFI a.k.a Sierra 25 ingin menjemput semua warga HRC dan keluarga , rakan hams dan sahabat handai untuk sama sama meraikan majlis perkahwinan beliau serta majlis menyambut menantu yang akan diadakan seperti berikut : - 

Tarikh : 11 Feb 2012 , Hari : Sabtu
Tempat : Kampung Semayor , Kemasik , Kemaman , Terengganu.
Calling Frequency : V 28 - 145.350

Rombongan dari Angkatan Warga HRC 
Tarikh : 11 Feb 2012 , Hari Sabtu
Tempat Berkumpul : Base Presiden HRC - Abg Fandi 9W2DMM / Sierra 1
Kediaman : Depan Dewan Sivik Paka.
Jangkaan Berlepas : 11.30 pagi
Pakaian : Baju Rasmi HRC
P/s : Kepada yang tiada , pakailah seadanya.

Eyeball ( Perjumpaan )
Tarikh : 09 Feb 2012 , Hari : Khamis malam Jumaat
Jam : 09.30 malam
Tempat : Base Tuan Presiden ( 9W2 DMM )

Webmaster

Saturday, January 28, 2012

PERUTUSAN PRESIDEN - DIATAS KEJAYAAN LULUS - RAE 2-2011

Assalamualaiakum dan Salam Perpaduan ,


Sekalung tahniah kepada yang telah berjaya dalam peperiksaan radio amatur RAE siri 2-2011, kepada yang gagal jangan berputus asa, kami warga HRC tetap akan menyokong rakan rakan semua . Insyallah berkat kesabaran kejayaan bakal milik kita semua . Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.

Kepada yang berjaya , pilihlah callsign yang sesuai dan gunakan kesempatan yang ada ini pada jalan yang sebaik mungkin. Selamat datang ke Dunia Amatur.

Fandi Mohamad - Presiden - HRC

Friday, January 27, 2012

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN RADIO AMATUR UNTUK SRS

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, 

Sesi taklimat keselamatan dan pendedahan mengenai dunia radia amatur kepada warga KRT dan hubung kait radio amatur dengan skim rondaan sukarela yang dijalankan oleh KRT dibawah kelelolaan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Daerah Dungun.








Webmaster

SANTAI KELUARGA DI PERSISIRAN PANTAI PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Santai petang bersama keluarga di persisiran Pantai Paka sambil menikmati ICT ( Ikan Celup Tepung ) ,, dan dibelai tiupan sang bayu petang ,,, nyaman sekali,,,,, adusss sayang... 






Webmaster

MAJLIS TAHLIL NAIK RUMAH BARU - ABG FAZLI S41

Assalamualaiakum dan Salam Perpaduan,

Majlis tahlil sempena menduduki rumah baru telah diadakan , tahniah kepada Abg Fazli - 9W2FZP ( Sierra 41 ) dan keluarga . Terima kasih kepada warga HRC yang telah membantu dalam proses permindahan barangan dari base lama beliau. Terima kasih dan terima kasih kepada semua . HRC Terbaekkk





Webmaster

Sunday, January 22, 2012

TAKLIMAT KESELAMATAN DAN PENERANGAN RADIO AMATUR

Assalamualaaikum dan Salam Perpaduan,

Program taklimat keselamatan dan penerangan penggunaan radio untuk rondaan dan pendedahan kepada warga KRT tentang kegunaan dan hobi Radio Amatur.






Webmaster

SETTING HANDY UNTUK RONDAAN DAN KECEMASAN

 Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Sesi setting handy untuk kegunaan rondaan dan kecemasan




Webmaster

HRC DI AKHBAR - SINAR HARIAN VERSI 21 JAN 2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

HRC di akhbar lagi,,sila dapatkan Akhbar Sinar Harian versi 21 Jan 2012 .. HRC Terbaekkk

Webmaster

MARSHALL UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA SMSP

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Rakan HRC membantu Pihak Polis dari Balai Polis Paka bagi program merentas desa anjuran Sekolah Menengah Seri Paka. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku. 





Webmaster

Wednesday, January 18, 2012

INFO KESELAMATAN DAN PENDEDAHAN RADIO AMATUR

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Program pemilihan jawatankuasa Tadika Perpaduan Taman Murni Perdana. Helang Recreation club dijemput untuk berkongsi info keselamatan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat disamping memberi pendedahan berkenaan radio amatur.









Webmaster