Wednesday, May 23, 2012

SKIM TABUNG KORBAN HARIRAYA AIDIL ADHA 2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,


HRC  merancang untuk mengadakan Program Korban Hariraya Aidil Adha 2012, Biro Kebajikan HRC telah menubuhkan Skim Tabung Simpanan Program Korban Hariraya Aidil Adha 2012.Sehubungan dengan itu bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam Program Ibadah Korban tahun ini bolehlah berhubung dengan AJK Kebajikan HRC dan Biro yang dilantik.

Konsep Tabung Simpanan ini adalah untuk meringankan bebanan kepada perserta, para peserta program dikehendaki melunaskan bayaran seperti mana jadual yang tertera dibawah.

Pengerusi Biro Kebajikan HRC : En Mohd Azmi B Tufail Ahmad
No Hp : 019 959 2273

Penolong Bendahari HRC : Puan Youhani Bte Hj Abdul Aziz
No Hp : 019 984 9533

Tarikh : 27 Okt 2012 ( Sabtu )
Anggaran Harga Satu Bahagian : Rm 400.00 
(Termasuk belian untuk plastik alas dan persediaan  makan / minum ringan )

Jadual Bayaran Seperti Berikut :
1 - 28 May 2012 - Rm 70.00
2 - 28 Jun 2012 - Rm 70.00
3 - 28 July 2012 - Rm 70.00
4 - 28 Aug 2012 - Rm 70.00
5 - 28 Sept 2012 - Rm 70.00
6 - 23 Oct 2012 - Rm 50.00 

p/s : Resit akan dikeluarkan sebagai bukti penerimaan bayaran.
p/s : Sekirannya ada baki dari bayaran pihak penganjur akan memaklumkan melalui SMS.

Tempat : Terdapat 2 pilihan tempat untuk mengadakan ibadah korban ini. Ini akan diputuskan berdasarkan kepada keperluan semasa.

1 - Pilihan Pertama : Perkarangan Pos Kawalan SRS Paka - Taman Murni Perdana
2 - Pilihan Kedua : Perkarangan Rumah Tuan Presiden HRC - Taman Jaya Paka.

Kepada yang berminat boleh berhubung dengan En Azmi atau Puan Youhani di no hp yang tertera untuk membuat bayaran. Sila maklumkan maklumat seperti berikut.

1 - Nama , No Kad Pengenalan , No Handphone dan Jumlah Bahagian.

Sama sama kita berdoa memohon ke hadrat Illahi agar program korban yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Webmaster

Sunday, May 20, 2012

PROGRAM SANTAI KELUARGA BBQ - STEAMBOAT

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

HRC merancang mengadakan satu program kekeluargaan antara kelab dan penduduk setempat, program muhibbah ini dijadualkan  pada 07 jun 2012, Jam 09.00 malam , Khamis malam Jumaat dan bertempat di perkarangan Pos SRS Paka, Taman Murni Perdana, 


Untuk tujuan pandu arah menggunakan radio sila gunakan frekuensi V28 - 145.350.

Webmaster

RONDAAN BERSEPADU - SRS DAERAH DUNGUN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rondaan bersepadu SRS - KRT Daerah Dungun yang telah berlangsung di Dataran Cahaya Paka, Masyarakat Cakna Membawa Bahagia.







Webmaster

Thursday, May 17, 2012

MAJLIS PENERANGAN SRS DI PERUMAHAN PANALEK KERTEH

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Majlis taklimat SRS dan penerangan cara penggunaan radio bagi rondaan SRS di Perumahan Panalek, Kerteh. Terima kasih kepada semua Warga HRC yang turut sama memberi sokongan kepada komuniti SRS Panalek Kerteh. HRC Terbaekkk



Webmaster

Tuesday, May 15, 2012

KELAS RAE KALI KE 4 - PERSEDIAAN UNTUK RAE SIRI 2012-1

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Sesi kelas RAE kali ke 4 untuk persediaan peperiksaan radio amatur siri 2012-1 telah diadakan di Dewan Pejabat Perpaduan Dungun pada 10 May 2012. Terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Dungun kerana sudi memberi ruang kepada para ahli KRT dan penduduk setempat untuk mengadakan kelas RAE ini.






Webmaster

PROGRAM GOTONG ROYONG BERSIH TANAH PERKUBURAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Gotong Royong bersepadu anjuran WPC telah dijayakan bersama oleh KRT Daerah Dungun, Wish Club dan Persatuan Silat Tekpi, alhamdullilah program telah berlangsung dengan lancar sepertimana yang telah dijadualkan. 
Saya mewakili Presiden dan Seluruh Ahli Majlis Tertinggi dan Seluruh keluarga HRC mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan untuk turut serta dalam program amal ini. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan dari Allah s.w.t ... amin





Webmaster

Monday, May 14, 2012

KOLEKSI PANCING CAPT HALIM - 9W2FSO

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Koleksi pancing Capt Halim untuk dikongsikan bersama,,besar besar saiz tangkapan oleh Capt Halim.




Webmaster

Wednesday, May 9, 2012

SANTAI KELUARGA SRS PAKA - KRT TMN JAYA PAKA - HRC

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Program santai keluarga SRS Paka, KRT Taman Jaya Paka dan Warga HRC, alhamdullilah program telah berlangsung sepertimana yang telah dirancang. Sekitar 300 orang hadir pada program santai keluarga ini.






Webmaster