Monday, April 30, 2012

SELAMAT HARI PERKERJA UNTUK SEMUA WARGA MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Kami warga kerja dan seluruh keluarga Helang Recreation Club - HRC mengucapkan Selamat Hari Perkerja kepada seluruh rakyat Malaysia.


Webmaster

SANTAI KELUARGA DI AIR TERJUN CEMERONG DAN ATV

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

HRC , SRS Paka dan KRT Taman Jaya Paka merancang akan mengadakan Program Santai Keluarga ke Air Terjun Cemerong dan Memandu ATV.

Program :  Beriadah di Air Terjun Cemerong
Program Sampingan : Memandu ATV di Cemerong ATV
Tarikh : 05 May 2012
Hari : Sabtu
Jam : 0930 pagi ( berlepas dari base Sierra 1 / 9W2DMM )

Setiap keluarga dikehendaki menyediakan sekurang kurangnya satu juadah lauk dan satu jenis kuih muih, nasi dan air akan disediakan.

Lepas mandi manda di Air Terjun Cemerong,,, kita pakat pakat pekena dengan ATV pulok,,, ker guana ,, ada berani,,, kalau berani ,,jom kita jumpa disana,,,

Webmaster

Saturday, April 28, 2012

MAJLIS ANUGERAH PERSILATAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Majlis Anugerah Persilatan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Kampung Nyior , Paka , Dungun , Terengganu pada 28 Apr 2012.

Tahniah buat Puan Youhani diatas peranugerahan Selendang Persilatan


Webmaster

Wednesday, April 25, 2012

JEMPUTAN HSE DAY TNB 2012 - 13 MAY 2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Program : HSE Day 2012
Tempat : Perkarangan Pejabat Janakuasa Sultan Ismail - Paka
Tarikh : 13 May 2012
Hari : Ahad
Masa : 0800 pg - 0200 ptg

Webmaster

Tuesday, April 24, 2012

KEMBALINYA ADIK NURHIDAYAH MENEMUI ALLAH S.W.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kembalinya Adik Nurhidayah menemui Allah s.w.t, doa dari kami semoga arwah adik nurhidayah ditempatkan dikalangan parah solehah.. amin ,, Al-Fatihah




Berita Harian Online - Nasional



Meninggal selepas dua bulan koma jatuh parit


2012/04/24

CHUKAI: Selepas lebih dua bulan bertarung nyawa akibat lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air di Kampung Mak Cili, dekat sini pada 14 Februari lalu, Nur Hidayah Mohammad (atas), 7, menghembuskan 
nafas terakhirnya di Hospital Kemaman (HK) jam 6.52 petang kelmarin. 
Bapanya, Mohammad Embong, 48, berkata keadaan menimpa anaknya agak mengejutkan kerana sejak kelmarin arwah sudah menunjukkan perkembangan positif selepas dimasukkan semula ke hospital pada 2 April lalu akibat sawan. “Doktor memaklumkan Nur Hidayah boleh dibawa balik petang ini (kelmarin) selepas mendapati keadaannya pulih daripada demam akibat jangkitan di paru-paru.

“Namun, ketika saya datang pagi tadi (kelmarin) menghantar sarapan untuk isteri (Norizan Zakaria, 42), arwah kelihatan semakin lemah,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, HK, semalam. 

Beliau berkata, kebiasaannya Nur Hidayah melawan pernafasannya yang tersekat dengan mengangkat tangan, namun pagi tadi (semalam) dia seolah-olah sudah tidak bertenaga. 

“Kira-kira jam 4 petang, isteri menelefon memberitahu keadaannya semakin nazak. Saya bergegas ke hospital dari tempat kerja,” katanya sambil menahan sebak. 
Berita Harian sebelum ini melaporkan, Nur Hidayah koma akibat lemas terjatuh ke longkang berhampiran tempat ibunya berniaga di Kampung Mak Chili pada 14 Februari lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. 

Selepas dua minggu, pelajar Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok Dua itu sedar daripada koma dan dibenarkan pulang untuk dirujuk ke Hospital Kemaman. 

Nur Hidayah sekali lagi dimasukkan ke HK pada 2 April lalu selepas terkena sawan akibat paru-parunya dijangkiti kuman. 

Selepas 20 hari di hospital, keadaannya semakin baik sebelum tiba-tiba kembali merosot pagi kelmarin dan meninggal dunia.


Webmaster

Monday, April 23, 2012

VIDEO - HRC DI PROGRAM TV3 BERSAMAMU

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

HRC di TV3 Bersamamu , terima kasih kepada TV3 diatas jemputan untuk turut serta dalam program TV3 Bersamamu ini, tidak lupa pada semua warga HRC yang terlibat dalam program ini.. HRC Terbaekkk


Webmaster

VIDEO - SANTAI KELUARGA DI AIR TERJUN CEMERUNG

Assalamualaiakum dan Salam Perpaduan,

Rakaman lensa dari Biro Media HRC di Program Santai Keluarga di Air Terjun Cemerong,, sedap doh tengok menu menu yang dibawa oleh keluarga masing masing,, HRC Terbaekkk  

Webmaster

Saturday, April 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR BUAT PUAN YOUHANI - 9W2YMM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat Hari Lahir buat Puan Youhanie , doa dari kami semua agar Puan Youhanie bahagia disamping suami dan anak anak  tercinta. Iringan doa dari kami agar Puan Youhanie dimurahkan rezeki , dipanjangkan umur dan mendapat keberkatan hidup didunia dan diakhirat. Amin 

Webmaster

Friday, April 20, 2012

PEMBERITAHUAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI 1-2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan,

Link Untuk Muat Turun Borang
Link Untuk Notis Pemberitahuan
Serahan Borang yang telah lengkap :
Warga Dungun - Ayahanda Baharuddin / Cikgu Azizan
Warga Paka - Abg Kamal 019 983 5991 / Abg Cherool - 012 9811321

Webmaster 

PENDAKIAN PUNCAK BAUK - REPEATER MAINTENANCE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendakian ke Puncak Bukit Bauk bagi membuat selenggaran untuk pengulang. Alhamdullilah semua kerja kerja selenggaran telah berjaya dilakukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Webmaster

PENDAKIAN PUNCAK BAUK - REPEATER MAINTENANCE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pendakian ke Puncak Bukit Bauk bagi membuat selenggaran untuk pengulang. Alhamdullilah semua kerja kerja selenggaran telah berjaya dilakukan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.







Webmaster

Wednesday, April 18, 2012

PROGRAM AMAL MEMBERSIH TANAH PERKUBURAN

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Program Amal WPCM-ECR : Membersih Kawasan Tanah Perkuburan Islam



Pengurus Program : En Lee Zalee / En. Fazli Mohd (WPCM East Coast) 
Lokasi : Kawasan Tanah Perkuburan Syed Yahya, Dungun Tarikh : 4hb. Mei 2012 
Lain2 Agensi yg terlibat : Jab. Perpaduan, Majlis Perbandaran Dungun, Pej. Agama Islam Daerah Dungun, 
KRT dan penduduk setempat. 
Lain2 Club/NGO yg dijemput : HRC, Wish Xtreme Club.

Webmaster

Monday, April 16, 2012

HRC DI AKHBAR KOSMO VERSI 10 APR 2012

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Warga HRC didada Akhbar KOSMO versi 10 Apr 2012 , Terima kepada semua warga HRC yang menjayakan program amal ini,, HRC Terbaeekk



Webmaster

SANTAI KELUARGA DI ATV CEMERUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Santai keluarga sambil beriadah di Air Terjun Cemerung dan memandu ATV di ATV Cemerung, Pengalaman baru bagi pendatang baru,,, sebelum pulang ada individu yang bertanya,, bila nak mai lagi ni,,,














Webmaster

SANTAI KELUARGA DI ATV CEMERUNG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Santai keluarga sambil beriadah di Air Terjun Cemerung dan memandu ATV di ATV Cemerung, Pengalaman baru bagi pendatang baru,,, sebelum pulang ada individu yang bertanya,, bila nak mai lagi ni,,,













Webmaster