Thursday, June 21, 2012

EKSPEDISI KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, bermulalah satu pendakian menuju ke puncak Gunung Kinabalu, Insyallah dalam masa terdekat akan kita paparkan Lambang HRC di Puncak Gunung Kinabalu , 


Pendakian bermula pada 19 - 22 Jun 2012 . Semoga para pendaki selamat pergi dan kembali.

Webmaster

Tuesday, June 19, 2012

JEMPUTAN DARI SRS PAKA UNTUK KELUARGA HRC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mewakili Presiden HRC merangkap Pengerusi SRS Paka menjemput seluruh ahli keluarga HRC untuk turut serta dalam Program Santai Keluarga SRS Paka. Turut dijemput rakan rakan dari XWCM, WPC , KRT Taman Jaya Paka, Penduduk Taman Murni Perdana dan lain lain.

Tarikh : 29 Jun 2012 , Jumaat malam Sabtu, Jam 0900 malam
Tempat : Perkarangan Pos Kawalan Sementara SRS Paka di Taman Murni Perdana


Sedikit sumbangan ikhlas dipohon untuk membantu tabung rakan rakan SRS Paka ini, Jom kita kesana kenal mengenal antara satu sama lain, eratkan lagi tali silaturrahim antara semua.

Sama sama kita bersantai dan sama sama kita pakat hulur sikit sorang, seikhlas yang boleh.

Webmaster

Wednesday, June 13, 2012

MEMBAIK PULIH PENGULANG 9M4RBT DI PUNCAK BAUK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman rakan rakan yang dihormati , pengulang 9M4RBT telah kembali bertugas, terima kasih kepada sahabat sahabat yang mendaki ke puncak Bauk bagi membaik pulih 9M4RBT. 


Antara yang turut serta dalam ekpedisi pendakian ialah 9W2WSC, 9W2EAZ, 9W2CPI, 9W2MTN, En Mustafa dan terima kasih kepada rakan rakan yang turut membantu memberi audio check semasa kerja kerja penyelenggaran berlangsung.

Webmaster

Tuesday, June 12, 2012

REPEATER MAINTENANCE 9M4RBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kerja kerja maintenance akan diadakan pada 13 Jun 2012. Ini berikutan 9M4RBT tidak berfungsi , team teknikal akan kepuncak Bukit Bauk untuk menukar kepada linking repeater yang baru.

Repeater 9M4RBT dilaporkan tidak berfungsi pada 11 June 2012. Kepada pengguna diharap bersabar. 

Harap maklum

Webmaster

Thursday, June 7, 2012

SEMAKAN PEPERIKSAAN RAE SIRI 2012-1

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Semakan peperiksaan radio amatur ( RAE ) Siri 2012-01 melalui laman website SKMM. Selamat berjaya kepada semua calon RAE pada bukan 27 Jun 2012.

Sila klik link dibawah dan klik status , masukan no IC tuan / puan

SEMAKAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR 2012-1

Webmaster