Wednesday, August 29, 2012

SALAM HARI KEMERDEKAAN KALI KE 55

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kami warga kerja dan seluruh ahli keluarga Helang Recreation Club - CPS mengucapkan Salam Hari Kemerdekaan kali ke 55 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Webmaster

Wednesday, August 22, 2012

HRC - CPS DI TV9 - SUMBANGAN AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri,

Program Kebajikan HRC - CPS bersama TV9 dalam usaha membantu 5 adik beradik yatim piatu dari Gong Gemia Paka. Ucapan syabas dan tahniah kepada Warga HRC yang terlibat dalam progam ini. 

 

Webmaster

Saturday, August 18, 2012

PERUTUSAN AIDIL FITRI DARI PRESIDEN DI LAUTAN SAMUDERA

Salam Lembaran Aidil Fitri dari FPSO Kikeh Oilfield - Labuan,

Jutaan Kemaafan zahir dan batin dipinta diatas salah dan silap. Doakan keselamatan dan kesejateraan kami di tengah lautan samudera ini. Terhidang ketupat dan lemang janganlah kami dilupakan. Insyallah saya akan pulang pada hari raya ke 3.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir dan Batin dari Fandi Mohd ( Sierra 1 - 9W2DMM ) - Kikeh Deepwater Oilfield - Labuan

Webmaster

PERUTUSAN AIDIL FITRI DARI PRESIDEN DAN KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri

Ucapan SELAMAT HARIRAYA AIDIL FITRI , Mohon Kemaafan Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Jemput ke pondok ambe pada 24 Aug 2012 untuk sesi rumah terbuka. Acara bermula selepas solat zohor dan berakhir sebelum solar asar.


Dari Fandi Mohd - 9W2DMM, Youhanie Hj Abd Aziz - 9W2YMM, Nurul Fadhilah - 9W2IMM , Nurul Farhana , Mohd Fakhrul Hakimi - 9W2OMM, Mohd Fakhrul

Webmaster

Friday, August 17, 2012

HRC - CPS - TV9 JALINAN KASIH AIDIL FITRI

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri

Program Jalinan Kasih Aidil Fitri meraikan 5 adik beradik yatim piatu , sumbangan duit raya dan sesi temubual bersama krew TV9 , HRC - CPS - TV9 Terbaekkk







Webmaster

PROGRAM BERBUKA PUASA SANTAI KELUARGA HRC - CPS

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri

Alhamdullilah program berbuka puasa santai keluarga HRC - CPS telah berjaya diadakan dan berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dengan juadah dan kuih muih yang tidak kurang hebatnya. Di majlis ini juga para warga HRC - CPS turut menjemput 5 adik beradik yatim piatu untuk turut serta dalam program keluarga ini. 












Webmaster