Monday, February 25, 2013

ACARA GOTONG ROYONG BERSIH MASJID HADHARI PAKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah program jemputan AJK Masjid Hadhari Paka turut dijayakan bersama oleh warga HRC - CPS. Program gotong royong membersih kawasan Masjid ini turut dihadiri oleh Syarikat Persendirian, Agensi Swasta dan NGO. Tahniah kepada semua yang menjayakan program kemasyarakatan ini.








Webmaster

Thursday, February 21, 2013

MARSHALL MERENTAS DESA SEK KEB PAKA II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga HRc - CPS telah dijemput untuk menjadi pengiring bagi membantu pihak PDRM - Balai Paka dalam menjayakan Program Larian Merentas Desa untuk sek Keb Paka II, alhamdullilah seramai 27 warga HRC - CPS telah hadir untuk menjayakan program ini.


Mewakili Guru Besar Sek Keb Paka II merakamkan ucapan jutaan terima kasih diatas pertolongan sukarela ini.

Webmaster

PERJUMPAAN UNTUK RONDAAN SUKARELA

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Sesi perjumpaan para ahli HRC - CPS dalam membincangkan hal ehwal rondaan kampung secara sukarela, perjumpaan bertempat di teratak pantai sierra 1. 


Webmaster

Wednesday, February 20, 2013

LAWATAN PERSAHABATAN DARI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, HRC - CPS menerima kunjungan hormat daripada Orang Besar Daerah Sungai Padi , Golok Thailand dan turut hadir ialah wakil kepada Jeneral Sechan - sebagai balasan daripada kunjungan HRC - CPS ke Thailand pada Dec 2012 dan Jan 2013.


Insyallah HRC - CPS akan mengadakan trip keluarga ke Hatyai sesi ke 3 pada cuti sekolah ini ialah paa 30 , 31 May, 01 dan 02 Jun 2013 ,, trip selama 4 hari 3 malam.

Webmaster

PILOT - SELAMAT TERBANG BERSAMA KAMI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat terbang bersama kami, kepada yang berminat setiap petang di pandang rekreasi TNB, selamat ber kamikaze ,, 

Webmaster

Monday, February 4, 2013

PROGRAM SANTAI PETANG BERSAMA KELUARGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Santai Petang Keluarga Warga HRC dan CPS akan diadakan, program santai keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga dan juga meraikan warga HRC - CPS yang telah lulus dalam peperiksaan Radio Amatur Siri 2-2012.

Info Program
Program Santai Petang Bersama Keluarga
Hari : Jumaat
Tarikh : 08 Feb 2013
Jam : 0500 Petang
Sumbangan : Mengikut kemampuan tuan tuan , tiada sumbangan pun tak mengapa,, sumbangan tenaga sudai memadai.

Sumbangan bolh dihulurkan kepada 9W2WSC - S28,  9W2KBI - S48, 9W2HSC - S47 dan 9W2EAZ - S9.

Para kaum ibu diminta ke pondok DMM - Sierra 1 selepas Solat Jumaat untuk persiapan Majlis.

Webmaster