Sunday, January 27, 2013

TOMAN YANG TEWAS DI TASIK KENYIR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Trip memancing rakan HRC - CPS ke Tasik Kenyir,,, tangkapan yang cukup menarik,,,



Webmaster

Thursday, January 24, 2013

TRIP KELUARGA HRC - CPS KE BUMI THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sehajtera,

Wajah wajah ceria dan aksi aksi yang sempat dirakam lensa media HRC - CPS . In Sha Allah Trip berikutnya dirancang pada bulan May 2013. Tungguuuuuu





















Webmaster

Monday, January 21, 2013

TRIP KELUARGA HRC - CPS KE HATYAI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah Trip untuk Program Jalinan Kasih ke Bumi Thailand telah berjaya diadakan dan Alhamdullilah program yang diatur berjaya dilaksanakan dan syukur kepada Allah s.w.t perjalanan warga HRC dan CPS selamat pergi dan pulang ke kampung halaman. 




Terpancar kecerian dan kegembiraan dari  semua warga yang mengikuti trip keluarga ini. Tahniah kepada peserta konvoi diatas disiplin yang tinggi dan sentiasa mematuhi arahan dari Pilot 1, Pilot 2 dan Pilot 3 selaku pengawai pengiring bagi memastikan konvoi berjalan dengan lancar dan teratur. HRC - CPS Terbaeek. 

Foto foto yang sempat dirakam lensa media HRC - CPS  akan di uploadkan di facebook CPS. Diharap peserta rombongan bersabar. Admin akan memastikan semua foto foto akan dikongsi bersama.

Webmaster

Sunday, January 6, 2013

PERJUMPAAN TRIP KELURGA KE THAILAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman satu perjumpaan akan diadakan kepada ahli yang mengikuti rombongan Kembara Jalinan Kasih ke Bumi Thailand pada 18, 19 dan 20 Jan 2013.


Tempat Perjumpaan : Teratak 9W2DMM
Tarikh : 13 Jan 2013
Jam : 09.30 Malam

Antara yang telah bersetuju untuk turut serta ialah :
01 - Keluarga  9W2DMM - Sierra 1
02 - Keluarga  9W2FSO - Sierra 49
03 - Keluarga  9W2WSC - Sierra 28
04 - Keluarga  9W2RWK - Sierra 13
05 - Keluarga  9W2HSC - Sierra 47
06 - Abg Azmi 9W2EAZ - Sierra 9
07 - Abg Faiz  9W2FQC - Sierra 20
08 - Abg Mat
09 - Abg Lie
10 - Jeneral Sechan
11 - Keluarga Che Shamsuri
12 - Keluarga 9W2ETE - Hasbullah


Sekian Harap Maklum,

RIBUT TROPICAL YANG KUAT - PANTAI TIMUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Amaran Ribut Tropical yang kuat sedang menghala ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Negeri yang dijangka akan dilanda ribut tropika ini ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang. Diminta kepada semua untuk lebih berwaspada. Kedudukan ribut setakat jam 09.03 pagi tadi (06 Jan 2013 ) ialah 759 Km dari Pantai Dungun, Terengganu. Harap Maklum


DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 


TARIKH: 06 Januari 2013

 
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (63) 

Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 09:03AM 06 Januari 2013 

Peringkat : Ribut Tropika Kuat (SONAMU).
Masa Pencerapan : 8:00 pagi, 6 Januari 2013.

Kedudukan : Latitud 7.0 Utara; Longitud 109.9 Timur; kira-kira 557 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Selatan-Barat Daya dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 759 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Webmaster