Wednesday, May 14, 2014

KEMBARA AMAL AMBANG RAMADHAN ANJURAN CRC

Assalamualaikum dan Salam Satu CRC,

Keratan Akhbar Kembara Yang Lepas
CRC akan mengadakan Kembara Amal Ambang Ramadhan bagi tujuan menghulurkan sumbangan kepada Warga Emas, Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Kembara ini akan diadakan sempena menyambut Bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba. Kembara ini dijadualkan seperti berikut : - 

Tarikh : 28 Jun 2014
Hari : Sabtu 
Konovi akan bermula di hadapan Balai Polis Paka dan akan membuat 3 hentian 
Hentian Pertama : Perkarangan Masjid Serdang
Hentian Kedua : Perkarangan Balai Polis AMBS
Hentian Terakhir : Perkarangan Hotel Qamar - Paka.

Agihan Sumbangan : Jangkaan sebanyak 20 keluarga di setiap hentian dan sumbangan mungkin akan menjadi lebih bergantung kepada jumlah sumbangan yang CRC terima.

Kepada para penyumbang dan penderma , tuan / puan dijemput untuk menyerahkan sumbangan kepada penerima di hari kembara tersebut sekiran berkelapangan. 

Sumbangan yang dipohon adalah dalam bentuk wang ringgit, ini kerana memudahkan bagi pihak AJK menyelaras sumbangan dalam bentuk yang sama dan teratur. Kepada yang ingin menyumbang dalam bentuk CEK sila alamatkan kepada KELAB KOMUNITI DAN REKREASI DUNGUN , Bank : Maybank , No Akaun : 5630 8210 3362

Resit akan dikeluarkan sebagai akuan penerimaan sumbangan. Kepada penyumbang kami dari CRC ingin memohon Logo ,  Lambang Syarikat atau Kelab bagi kami memuat turun di website rasmi kelab di http://www.crc-trg.com dan juga untuk banting / banner / akhbar.

Admin